Jimny 5-pintu: Maruti Suzuki terima 30,000 tempahan di India sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, kita sudah pun melihat kelibat sebenar Suzuki Jimny spesifikasi lima pintu di mana model tersebut bakal dilancarkan secara rasmi di India pada 7 Jun ini.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Biarpun belum dijual, Maruti Suzuki telah berjaya memperoleh lebih daripada 30,000 tempahan bagi model tersebut, dan harus diingat angka tersebut datangnya dari negara India sahaja buat masa ini.
 

jimny


Kesemua unit Jimny 5-pintu yang bakal dijual itu akan dilengkapi dengan nadi empat silinder sebaris 1.5 liter dengan janaan kuasa 103 hp dan 134 Nm, dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Media tempatan melaporkan Suzuki Jimny bakal dilengkapi dengan ciri seperti lampu utama LED automatik, skrin infohibur sembilan inci dengan sistem SmartPlay Pro+, sistem audio Arkamys, enam beg udara, bantuan mula mendaki dan menurun cerun, kamera undur, ABS dan kawalan jelajah.
 

jimny


Sama seperti model tiga pintu, Suzuki Jimny 5-pintu mengekalkan binaan casis ladder-frame dan jarak lega bumi setinggi 210 mm, diikuti dengan sudut-sudut penting untuk kegunaan offroad (sudut tuju 36 darjah, sudut pelepasan 50 darjah, sudut breakover 24 darjah).

Harga jualan masih belum didedahkan buat masa ini, namun terdapat ura-ura Jimny 5-pintu bakal dijual dalam julat harga Rs 10 lakh hingga Rs 12 lakh (RM55,208-RM66,249).

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu daripada pakej yang ditawarkan, iaitu Little G Traditional telah diberikan nafas baharu…
Berita Global
Namun, perkara tersebut tidak pernah menjadi batu penghalang bagi penala terkemuka itu untuk terus…
Berita Global
Contoh yang paling jelas, ketara dan nyata ialah cubaan pecah rekod yang dilakukan pada acara Jimny…