JKNJ tempatkan pengawal keselamatan elak kenderaan OKU dihalang di HSI

oleh Penyumbang Rencana|
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) meletakkan pengawal keselamatan di ruang letak kereta Orang Kelainan Upaya (OKU) di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, bagi mengelak isu kenderaan OKU dihalang.

Pengarahnya, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata tindakan itu diambil susulan video tular yang memaparkan pemandu lelaki OKU yang kudung sebelah kaki terpaksa menunggu lama, selepas rawatan kerana keretanya dihalang kenderaan lain.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Katanya hasil siasatan kejadian jam 10.10 pagi kelmarin di kawasan tempat letak kenderaan awam OKU.

"Tempat letak kenderaan awam menyediakan kemudahan parkir OKU sebanyak lapan lot.

"Pada awal pagi, semua kemudahan OKU telah dipenuhi dan diaturkan oleh anggota pengawal keselamatan bertugas dalam petak khas yang disediakan.

"Namun menjelang tengah hari, anggota yang sama juga perlu mengawal perubahan aliran trafik di laluan keluar Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) berikutan kerja-kerja pembaikan jalan di hadapan Auditorium Sri Selasih bermula 20 Mei 2024 hingga 21 Jun 2024," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Berikutan insiden itu, tindakan penambahbaikan segera dilakukan seperti pengaturan serta merta, di mana pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi parkir OKU memberi tumpuan menguruskan kemudahan terbabit.

"Orang ramai juga boleh menggunakan parkir percuma di Lotus Tebrau di mana Kerajaan Johor melalui Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) telah menyediakan perkhidmatan dua bas ulang alik dari Lotus Tebrau untuk ke HSI dan Klinik Kesihatan Sultan Ismail (KKSI) secara percuma," katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 41 saat, memaparkan lelaki OKU yang kudung kaki kanan terpaksa menunggu di luar kenderaan, kerana tidak boleh keluar selepas selesai mendapatkan rawatan di hospital berkenaan kerana dihalang beberapa kereta.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menterinya Anthony Loke berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan Prasarana Malaysia Berhad (…
Berita Domestik
Baru-baru ini tular video yang dikongsikan pengguna sosial media menunjukkan seorang pengguna OKU…
Informasi
“Penyelarasan ini akan beri manfaat kepada penumpang sedia ada, selain menarik komuniti berkerusi…