Kantoi kereta klon, model MPV, nombor plat Proton Saga

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini seorang lelaki ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati memandu kenderaan klon dan menggunakan nombor pendaftaran palsu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Peniaga berusia 33 tahun yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Mitsubishi Grandis itu ditahan di Kilometer 15.1 Lebuhraya Persekutuan, arah Shah Alam di sini, pada 6.30 petang.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sepasukan pegawai dan anggota yang menjalankan rondaan Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) melihat kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan lalu menahannya untuk pemeriksaan.

"Hasil semakan menggunakan aplikasi Smed dan bantuan Bilik Kawalan JPJ mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu iaitu nombor asal didaftarkan bagi kereta Proton Saga dan mengesyaki kenderaan itu adalah klon.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan tiada cukai jalan dan insurans, malah pemandu juga tidak memiliki lesen memandu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Azrin berkata, pemandu kenderaan dikenakan tindakan atas kesalahan tiada lesen memandu, mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain, menggunakan kenderaan tidak berdaftar dan tiada cukai jalan serta insurans.

Katanya, JPJ turut menyita kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut.

 

SUMBER : Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kenderaan yang dilelong membabitkan pelbagai jenama kereta termasuk 12 kereta klon, motosikal dan…
Berita Domestik
"Bagi kenderaan klon ini ianya diseludup dari Singapura. "Kenderaan (motokar) diklasifikasikan…
Berita Domestik
  Operasi Khas hari ini memfokuskan aktiviti penangkapan sindiket yang membawa masuk kenderaan…