Kerajaan Australia wujudkan lesen memandu Kelas U untuk pemilik kereta sports, supercar

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Australia telah memperkenalkan undang-undang baharu yang mewajibkan lesen memandu khas untuk pemandu mengendalikan kenderaan berkuasa tinggi (kereta sports dan supercar).
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Lesen memandu baharu Kelas U itu diwujudkan bertujuan untuk mengurangkan risiko berkaitan kemalangan disebabkan kuasa kuda dan prestasi yang tinggi.

Kerajaan Australia Selatan mendedahkan kira-kira 270 orang pemandu perlu mendapatkan lesen memandu Kelas U bermula 1 Disember 2024.

Untuk melayakkan diri, setiap individu perlu melengkapkan kursus dalam talian untuk mengendalikan kenderaan berkuasa tinggi.

Kursus yang akan dikuatkuasa pada tahun depan itu akan merangkumi beberapa subjek termasuklah kesedaran risiko, penggunaan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) serta kelas operasi selamat untuk kereta berprestasi tinggi.
 

sumber: Robb Report Australia


Menurut laporan, semua kenderaan dengan nisbah kuasa-kepada-berat bersamaan atau melebihi 370 hp untuk setiap 1000 kg adalah tertakluk di bawah undang-undang baharu tersebut.

Bukan itu sahaja, kerajaan Australia Selatan mahu melaksanakan peraturan supaya ciri seperti brek anti-kunci (ABS), brek kecemasan autonomi (AEB), kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan kawalan cengkaman (TC) kekal diaktifkan sepanjang masa.

Denda yang tinggi akan dikuatkuasakan bagi mereka yang didapati bersalah mengaktifkan mod pemanduan Sport di kawasan tertentu, seperti kawasan bandar atau perumahan.

Ini kerana menurut pendapat pakar keselamatan pengangkutan, perbuatan mengaktifkan mod Sport dalam persekitaran urban boleh mendorong kepada peningkatan tahap kuasa dan responsif kenderaan, di mana ia merupakan antara faktor yang menyumbang kepada kemalangan yang tidak diingini.

Sumber: CarExpert

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta api tanpa pemandu itu akan membawa penumpang pada kelajuan sehingga 100kmj merentasi…
Model Terbaharu
BYD Shark dilaporkan lebih berkuasa dan lebih pantas daripada enjin petrol turbo berkembar V6 Ford…
Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…