Kereta tak canggih? Toyota tawar naik taraf teknologi untuk kereta pelanggan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Prius U
Toyota Prius U
Kereta sekarang memang canggih namun seperti biasa dibezakan mengikut varian. Lebih canggih lebih mahal. 

Bagaimana dengan pelanggan yang membeli varian asas atau pertengahan dan kemudian mahu menambah fungsi lebih canggih atau tiada sebelum ini?

Toyota mempunyai penyelesaian dengan menawarkan khidmat naik taraf yang membolehkan pelanggan di Jepun menikmati ciri lebih canggih pada kereta mereka.

Khidmat itu ditawarkan untuk pemilik Toyota Prius varian U.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Prius U

 

Khidmat naik taraf yang ditawarkan membolehkan kereta yang sudah dimiliki pelanggan dipasang perkakasan keselamatan dan sekuriti yang tiada sebelum ini.

Di antaranya fungsi Advanced Park dan pelbagai lagi untuk kereta yang dibangunkan dengan ciri Upgrade Ready Design.

Kereta dengan ciri Upgrade Ready Design membolehkan perkakasan dan fungsi baharu pada masa depan dipasang pada kereta sedia ada.

Persiapan awal dibuat atau pada peringkat pembangunan lagi untuk kerja-kerja yang diperlukan bagi menaik taraf termasuk merekabentuk sistem lebih awal.

 

Naik taraf fungsi Toyota

 

Senarai teknologi dan fungsi yang ditawarkan untuk Prius U:

  • Advanced Park dengan fungsi kawalan jauh
  • Pengawasan Titik Buta
  • Pengawasan Pandangan Panoramik
  • Sokongan Brek Parkir (pengesanan pejalan kaki belakang)
  • Stereng dengan Pemanas

Selain senarai di atas, Toyota mempertimbangkan untuk menawarkan skrin saiz besar, kerusi dengan pemanas, kerusi dengan pengudaran dan balutan kerusi kulit sintetik.

 

Naik taraf fungsi Toyota

 

Bukan sahaja Prius U, Toyota juga akan mengembangkan lagi penawaran untuk model lain.

Permohonan naik taraf boleh dibuat melalui aplikasi telefon pintar KINTO dan bayaran boleh dibuat sekaligus atau langganan bulanan.

Fungsi termurah ialah Sistem Sekatan Pecutan yang berharga 14,960 yen (RM483.85) atau langganan bulanan 440 yen (RM14.21).

Paling tinggi ialah Pengawasan Pandangan Panoramik dengan fungsi pandangan mata burung kenderaan dan sekeliling berharga 121,000 yen (RM3,912) atau 3,410 yen (RM110) sebulan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Panoramic View Monitor

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…