Disebabkan itu, National Police Chief's Council UK menyarankan para pemilik kenderaan supaya menyimpan kunci kenderaan mereka di dalam bekas timah, atau kantung perlindungan (Faraday pouch) yang mampu menghalang gelombang keluar.
Menurut ASC Jenny Sims menambah, "walaupun teknologi sedia ada memudahkan pemandu, ia juga turut membolehkan penjenayah untuk mengeksploitasi kelemahan yang ada pada sistem tersebut.
"Kami kini sedang bekerjasama dengan pengeluar untuk mencari solusi berdasarkan peralatan yang dirampas daripada penjenayah.
Sindiket pencurian kenderaan ini dikatakan menggunakan teknologi relay untuk mengesan gelombang yang hadir daripada kunci dari dalam rumah, sebelum menggunakan gelombang itu kembali pada peranti mudah alih yang membolehkan mereka menyahkunci dan membawa lari kereta yang disasarkan.
Baru-baru ini, pihak polis Leicestershire berjaya menahan sekumpulan penjenayah yang terbabit dalam lebih 50 kes kecurian dengan jumlah kerugian bernilai £2.4 juta (RM13.95 juta), sementara di Liverpool lima suspek diberkas dengan jumlah kerugian dianggarkan bernilai £2.6 juta (RM15.12 juta).
Untuk mengatasi masalah kecurian ini, pengeluar mula bekerja keras untuk meningkatkan tahap keselamatan.
Seperti contoh, Dodge baru-baru ini mengumumkan sistem pengesahan berganda yang akan mengehadkan prestasi enjin pada sesetengah model pantas kepada 675 rpm sahaja sekiranya nombor PIN yang dimasukkan tidak sama dengan apa yang ditetapkan oleh pemilik.
Sumber: Carscoops