Siasatan polis mendapati remaja tersebut merupakan individu yang sama terlibat di dalam 39 kes kecurian atau cubaan mencuri yang telah berlaku sebelum ini - kesemuanya merupakan kereta berjenama Hyundai dan Kia.
Lebih membimbangkan, kes-kes kecurian tersebut dikatakan berpunca daripada video TikTok yang tular di media sosial.
Menurut pegawai polis dari Plano Police Department, Jennifer Chapman, terdapat peningkatan trend kes pecah masuk di kalangan remaja, di mana mereka mempelajari cara untuk melakukannya menerusi video di laman sosial.
Tahun lepas, Chapman mendedahkan angka kecurian meningkat sebanyak 15 peratus di Plano.
Pada bulan Februari yang lalu, Hyundai dan Kia menawarkan kemaskini perisian keselamatan secara percuma kepada para pemilik kenderaan, serta bersetuju untuk membayar pampasan bernilai $200 juta (RM915 juta) kepada 9 juta pemilik di Amerika Syarikat.
Sumber: Fox4 News