KPDN cadang perluas stesen petrol dan diesel TIDAK BERSUBSIDI ke negeri sempadan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bercadang memperluas stesen petrol dan diesel tidak bersubsidi ke negeri sempadan, kata menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Projek Rintis Pembekalan Petrol RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Di Perlis pada Rabu, beliau berkata negeri terlibat ialah Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak.

 

Menurut Salahuddin, beliau akan mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini.

 

“Projek rintis pembekalan petrol RON95 dan diesel di Perlis ini adalah inovatif kementerian bagi mengatasi isu ketirisan bahan api bersubsidi yang sering kali diseludup ke negara jiran.

 

“Kita cadangkan agar lebih banyak stesen minyak (stesen petrol dan diesel tidak bersubsidi) akan dibuka sebelah negeri sempadan iaitu Kedah, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya.

 

Salahuddin berkata sebelum ini kerajaan mengalami kerugian hampir RM150 juta setahun akibat ketirisan tersebut.

 

Beliau berkata walaupun harga petrol RON 95 dan diesel diapungkan, harganya masih rendah berbanding negara jiran dan pada masa sama pengusaha stesen minyak tempatan masih mendapat keuntungan.

 

Katanya pihaknya mengalu-alukan pembekal minyak yang berminat untuk membuka stesen petrol dan diesel tidak bersubsidi dan akan membantu dari segi mendapatkan lesen.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita turut berterima kasih kepada orang awam yang ada kesedaran dan dapat mengesan nombor plat…
Berita Domestik
"Pada 24 Disember lalu kira-kira jam 2.30 petang, sepasukan empat pegawai penguat kuasa KPDN…
Berita Domestik
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan bahagian dan agensi di bawah kementerian itu untuk…