Laporan: Toyota bakal hasilkan SUV baharu bernama Crown....

oleh Mohamad Hanif|
Nama Toyota Crown merupakan salah satu nama yang sangat ikonik dalam barisan sedan Toyota sedia ada, dan kini sudah pun lima belas generasi berada di pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, kehendak pengeluar ada kalanya bertentangan dengan kehendak pasaran, dan Crown juga dikatakan bakal mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan oleh Corolla - dijelmakan sebagai sebuah SUV!

 


Menurut laporan yang membimbangkan daripada The Chunichi Shimbun mendakwa, Toyota kini sedang mempertimbangkan untuk menghasilkan generasi baharu Crown dalam bentuk SUV.

Disebabkan keinginan Toyota untuk terus mengekalkan nama Crown pada masa akan datang, sudah pasti ia bukan satu pilihan yang bijak untuk terus menghasilkan sedan tatkala permintaan terhadap segmen tersebut semakin merudum.

Perubahan daripada sedan ke SUV itu dijangka akan mengambil tempat menjelang seawal tahun 2022, dan ia bakal dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat dan China tahun berikutnya.

 


Memetik sumber yang dipercayai, Toyota bakal menggunakan platform TNGA-K yang kini digunakan untuk model-model seperti Harrier, Highlander dan Wildlander.

Langkah tersebut bukanlah satu perkara yang baharu buat Toyota, memandangkan sebelum ini gergasi automotif Jepun itu telah pun hadir dengan model SUV baharu seperti Corolla Cross.

Namun, langkah untuk menggunakan kembali nama Crown berkemungkinan besar tidak akan disenangi oleh para peminat Toyota.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…