Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 bawa 7 pendatang tanpa izin

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lima pemandu e-hailing didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di Melaka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membawa pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing bulan lepas.

Tertuduh, Mohd Taufiq Md Isa, 30, Syed Salim Syed Anuar, 34, Muhammad Hafiz Rudi, 35, Mohd Fhairul Arifin Shaharudin, 39, dan Shahrulnizam Abu Hanafi, 46, menghadapi pertuduhan di dua Mahkamah Sesyen berasingan dalam prosiding pada Selasa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim masing-masing didapati membenarkan dua dan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia berada dalam kenderaan masing-masing.

Di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail pula, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam dituduh membenarkan seorang pendatang tanpa izin dalam kenderaan masing-masing sementara dua pendatang tanpa izin lagi berada dalam kenderaan Mohd Taufiq.

Mereka dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari dan Muhamad Nazrin Ali Rahim mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh selain dapat memberi peringatan kepada individu lain yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Bagaimanapun peguam Omar Zulkarnain mewakili Mohd Taufiq, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam sementara Datuk Hanif Hassan mewakili Muhammad Hafiz dan Syed Salim merayu hukuman ringan berbentuk denda terhadap anak guam masing-masing kerana kesemua tertuduh telah insaf dengan perbuatan mereka.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 seorang kepada Mohd Taufiq dan Muhammad Hafiz manakala Syed Salim, Mohd Fhairul Arifin dan Shahrulnizam didenda RM5,000 seorang.

Mahkamah juga mengarahkan telefon, anak kunci dan kereta yang didaftarkan atas nama isteri kepada Muhammad Hafiz dan kakak kepada Syed Salim dikembalikan kepada tertuduh.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata pemandu e-…
Berita Domestik
  Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa mengambil penumpang iaitu remaja perempuan berusia 16…
Berita Domestik
Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum…