Penunggang basikal dirempuh pemandu e-hailing leka tengok mesej

oleh Mohamad Hanif|
Laman Bernama semalam melaporkan insiden kemalangan melibatkan dua penunggang basikal dan sebuah kereta e-hailing yang berlaku di Kota Warisan, Sepang pada 27 Ogos yang lalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata pemandu e-hailing dan seorang penunggang basikal terlibat telah membuat laporan polis berhubung kemalangan tersebut dan dirakamkan percakapan, manakala seorang lagi penunggang basikal masih belum membuat laporan.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi, pemandu e-hailing itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sedang memeriksa mesej yang diterima dari aplikasi e-hailing di telefon bimbit.

"Semasa pemandu e-hailing itu memeriksa mesej tersebut, dia terlanggar belakang seorang daripada penunggang basikal tersebut hingga terlanggar seorang lagi penunggang basikal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Akibat perlanggaran itu, kenderaan pemandu tersebut mengalami kerosakan di bahagian bamper dan bonet hadapan, manakala kerosakan yang dialami penunggang basikal di bahagian tayar dan rim belakang.

Beliau berkata kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bagi pertuduhan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam, Muhammad Hafiz dan Syed Salim masing-masing…
Berita Domestik
  Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa mengambil penumpang iaitu remaja perempuan berusia 16…
Berita Domestik
Sumber berkata, setakat ini belum ada saman dikeluarkan terhadap pemandu e-hailing yang masih belum…