Masalah unik - Toyota hadkan penjualan di Jepun untuk fokus pada permintaan global

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota mempunyai masalah yang unik.

Di waktu bila syarikat kenderaan mahu meningkatkan lagi jualan, Toyota terpaksa menghadkan jualan mereka di Jepun kerana mahu memastikan pesanan untuk pelanggan-pelanggan lain di seluruh dunia dipenuhi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Asia Nikkei, pengedar-pengedar Toyota di Jepun telah berhenti mengambil tempahan untuk model MPV mewah mereka, Alphard/Vellfire sejak bulan November lalu.

Mereka juga berhenti mengambil tempahan untuk model Land Cruiser 300 tebaharu atas sebab yang sama.

Toyota sudah diketahui mempunyai isu di mana permintaan untuk produk mereka telah mengatasi jumlah yang boleh dihasilkan, walaupun syarikat itu telah meningkatkan unjuran penghasilan kenderaan mereka di kesemua kilang-kilang.

Namun begitu, Toyota juga arif akan situasi di mana jika mereka terlalu lama menghadkan penjualan, pembeli akan mula lari ke jenama-jenama lain.

Masalah yang sama turut dirasai oleh "adik" mereka di Malaysia. Perodua juga tahu bahawa masa menunggu untuk kenderaan yang ditempah oleh pelanggan mereka adalah terlalu lama tetapi telah mengambil langkah-langkah positif untuk memendekkan tempoh tersebut.

Perodua Bezza dan Alza contohnya, jika dahulu tempoh menunggu pernah dikatakan mencecah satu tahun, kini ia telah berkurangan sebanyak 50 peratus dan kemungkinan besar lebih pantas dari itu.

Diharapkan pengalaman ini dapat dirasai juga oleh satu lagi jenama tempatan kita.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…