Maserati rancang SUV kedua tahun 2020

oleh HEZERI SAMSURI|
CEO untuk Fiat Chrysler Automobiles, Sergio Marchionne mengumumkan bahawa Maserati akan memperkenalkan SUV kedua jenama premium Itali itu dalam tahun 2020.

Model SUV itu akan berada di bawah SUV Maserati sekarang, Levante dan akan menggunakan platform Alfa Romeo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sekarang, jualan Maserati meningkat dari 23,900 unit untuk tiga suku pertama tahun ini kerana jualan Levante. Model baharu itu nanti akan membantu Maserati untuk mencapai jualan antara 70,000 ke 80,000 setahun," sambung Marchionne.

"Ia juga akan membantu Maserati untuk mencapai pendapatan sehingga 1 billion Euros," katanya lagi kepada penganalisa kewangan Selasa lalu.

SUV baharu itu akan menggunakan platform pacuan roda belakang atau pacuan 4-roda dari Alfa Romeo Giorgio yang juga digunakan oleh Alfa Romeo Stelvio, SUV pertama untuk Alfa yang bahari diperkenalkan tahun ini.

"Enjinnya akan berlainan dari model SUV kami yang lain," sambutnya lagi.

SUV kecil dari Maserati itu nanti akan menjadi saingan kepada Porsche Macan, dan harganya akan lebih mahal dari BMW X3, Audi Q5 dan Jaguar F-Pace.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…