Sebanyak lebih 41,000 penyertaan telah diterima dan lebih daripada $500,000 (RM2,081,250) telah pun dikumpulkan untuk disumbangkan kepada TMCF itu tadi.

Pemenang hadiah utama membawa pulang sebuah Honda Civic Type R Limited Edition 2021 (dengan nombor casis #001), di mana ia merupakan salah satu daripada 600 unit yang diperuntukkan untuk pasaran Amerika Syarikat.
Namun, melihatkan kepada permintaan yang masih tinggi, pemilik baharu itu membuat keputusan untuk menjual Civic Type R #001 itu di laman Bring A Trailer pada harga $102,000 (RM424,575)!
Menurut keterangan, tempoh pemilikan tidak sampai pun dua bulan (sejak Oktober 2021) dan kereta tersebut mencatatkan jarak perbatuan sekitar 26 km sahaja.

Model Civic Type R Limited Edition 2021 didatangkan dalam warna Phoenix Yellow, rim BBS 20 inci dengan kemasan matte black, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 245/30, serta penggayaan aksen merah pada sesetengah tempat.
Selain daripada itu, beberapa komponen telah pun dibuang daripada model ini seperti penyeka kaca belakang, pelindung kargo belakang, corong pendingin hawa baris kedua, serta bahan penebat bunyi bagi mengurangkan lagi berat keseluruhan hot hatch ini.
Sumber: Bring A Trailer