Mercedes-AMG G 63 Gronos talaan Mansory dengan warna British Racing Green!

oleh Mohamad Hanif|
Mansory nampaknya tidak pernah kering dengan idea untuk menjadikan kereta-kereta eksotik lain daripada yang lain, dan 'mangsa' terbaharu mereka adalah Gronos, nama khas yang digunakan untuk model Mercedes-AMG G 63.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Penampilan Gronos sememangnya mampu membuatkan kepala-kepala tertoleh dua tiga kali disebabkan penggunaan warna British Racing Green yang ikonik itu.

 


Ia ditambah dengan elemen karbon tempa yang boleh dilihat pada apron hadapan, hud enjin, kemasan pemegang pintu, liang udara pada fender, pelindung cermin sisi, serta pelindung tayar simpanan di bahagian belakang.

Untuk menjadikan Gronos ini lebih mengganas macam Godzilla, nadi asal yang dimuatkan pada Mercedes-AMG G 63 ini telah diberikan beberapa penambahbaikan seperti unit pengecas turbo yang lebih besar, sistem ekzos dinaiktaraf serta sistem pengurusan enjin yang baharu.

 


Hasilnya, nadi 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar itu mampu menghembuskan kuasa setinggi 850 hp, dan membenarkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam tempoh 3.5 saat dan kelajuan tertinggi yang dihadkan secara elektronik pada 250 km/j.

Aspek keselesaan tidak pernah diketepikan oleh Mansory apabila Gronos ini tampil dengan penggunaan bahan kulit tan yang digelar sebagai Fawn Brown menguasai segenap sudut ruang kabin.

 


Roda stereng turut diberikan bahan yang serupa dan diselangi dengan elemen gentian karbon, manakala pedal pula diperbuat daripada aluminium sebelum diakhiri dengan karpet berwarna hitam.

Seperti biasa, Mansory tidak pernah mendedahkan secara rasmi harga yang perlu dibayar untuk pakej di atas, kena faham-faham sendiri.

Sebagai makluman, Gronos hanya akan dihasilkan sebanyak 10 unit sahaja atas muka bumi ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…