MINI sahkan transmisi manual tidak lagi akan ditawarkan

oleh Mohamad Hanif|
Pada masa hadapan, kita tidak akan dapat lagi melihat kehadiran model-model bertransmisi manual yang datang daripada jenama MINI.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Perkara itu disahkan sendiri oleh bos MINI, Stefanie Wurst sewaktu bercakap kepada Top Gear.

"Kami tidak akan menghasilkan model manual," jelasnya ketika ditanyakan tentang perancangan model-model berenjin pembakaran dalaman masa depan pengeluar tersebut.

Ini bermakna, anda hanya boleh mendapatkan model MINI bertransmisi manual daripada barisan model generasi ketiga sahaja.
 

MINI


MINI masih lagi akan menawarkan model generasi terbaharu dengan pilihan enjin pembakaran dalaman, namun semua varian hanya akan dipadankan dengan transmisi automatik sahaja.

MINI sebelum ini pernah memperkenalkan semula hatchback Cooper manual untuk model tahun 2023, setelah opsyen tersebut ditiadakan pada Mei 2022 disebabkan oleh masalah rantaian bekalan.

Baca: MINI Cooper EV 2024

Sumber: Top Gear

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bukan sahaja lebih banyak ruang masuk dan keluar, model terbaru ini untuk pelanggan yang mahu…
Pelancaran
Ini bermakna ia lebih praktikal dan dengan jarak roda yang lebih panjang, pengendalian juga semakin…
Berita Global
MINI Cooper Electric 2024   Walaupun baharu, kedua-dua model tersebut diubah dari MINI Hatch…