Mitsubishi sekali lagi menang RJC Car of the Year Jepun, kali ini eK X EV!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mitsubishi ek X EV
Mitsubishi ek X EV
Baru saja memperkenalkan kei-car (kereta kecil) Delica Mini, Mitsubishi kembali dengan mengumumkan kei-car elektrik eK X EV berjaya menang anugerah RJC Car of the Year for 2023 anjuran Persidangan Penyelidik dan Jurnalis Jepun (RJC).

Bukan saja anugerah tahunan, eK X EV juga diisytihar sebagai pemenang RJC Technology of the Year for 2023.

Ini adalah anugerah RJC Car of the Year kali keempat buat Mitsubishi selepas kei-car i diiktiraf pada 2007 dan Eclipse Cross pada 2019.

Menariknya, eK wagon dan eK X yang dijana enjin pembakaran dalaman (ICE) menang pada 2020.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mitsubishi eK series

 

ek X EV adalah model kenderaan elektrik (EV) baharu dalam siri eK X Mitsubishi.

Kereta kecil dengan ciri kenderaan utiliti sukan (SUV) ini ditawarkan pada harga mampu milik dan jarak pemanduan sehingga 180 kilometer (mod WLTC).

Jarak itu tidak jauh namun sudah memadai untuk kegunaan harian. Balik dari pejabat sambungkan pengecas dan tinggal semalaman.

Satu perkara yang diberi perhatian ialah tujahan setinggi 195Nm dan hampir dua kali ganda berbanding model turbo petrol.

Sebagai sebuah kei-car tinggi, eK X mempunyai pelbagai ciri praktikal dan canggih dengan sistem bantuan pemanduan.

 

Mitsubishi ek X EV

 

Dari segi saiz, eK X EV menawarkan ruang kabin yang sama luas dan selesa seperti model petrol dengan mengoptimumkan bentangan sistem EV.

Tanpa enjin dan kotak gear, para pereka dan jurutera perlu memikirkan bagaimana komponen elektrikal seperti bateri dan motor boleh dimuatkan pada kereta kecil sebegini.

Berat komponen juga perlu diambil kira dan pembahagian berat untuk eK X EV berjaya dicapai secara ideal dengan nisbah 56:44 di antara depan dan belakang.

Suspensi pula ditala untuk pengendalian yang lincah namun stabil untuk pemanduan tenang dan berkualiti.

 

Mitsubishi ek X EV

 

eK X EV ditawarkan dengan teknologi bantuan pemanduan canggih MI-PILOT seperti Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dan Bantuan Pengekalan Lorong (LKA).

Turut ditawarkan bantuan parkir yang boleh mengesan posisi untuk memarkir kereta dan berupaya menguruskan pergerakan untuk parkir secara mengundur, ke depan atau ke bahagian sisi.

Berkenaan harga, eK X EV ditawarkan dari 2,398,000 yen (RM77,084.05) hingga 2,932,600 yen (RM94,268.85).

Angka berpatutan untuk sebuah kereta elektrik!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mitsubishi ek X EV

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda, ia membuktikan bahawa Xpander adalah pilihan…
Berita Global
  Captur menggunakan rupa depan baharu dan begitu juga ASX dan kali ini lebih serius dalam…
Berita Global
  Tidak dilupakan, Mitsubishi Storm pasaran tempatan pernah menggunakan nama Evo. Triton…