Namun, pengasas United Nude, Rem D. Koolhaas tampil dengan idea di mana Countach digambarkan dalam versi resolusi rendah, dinamakan sebagai Lo-Res Car.
Dibangunkan menggunakan gambaran Countach yang abstrak dan versi resolusi rendah, ia sebenarnya dikomisyenkan oleh salah sebuah syarikat pengeluar produk kasut untuk tujuan promosi.
Konsep Lo-Res ini menggunakan casis rangka tiub keluli yang dipadankan dengan pelindung logam berwarna hitam pada bahagian roda, sementara binaan badan luar pula diperbuat daripada 12 panel polikarbonat bertinta.
Meskipun bentuk yang bersegi, Lo-Res Car ini tetap mempunyai unit lampu depan dan belakang, diikuti dengan logo United Nude beriluminasi.
Untuk menggerakkan kereta ini, United Nude menggunakan motor elektrik KDS berkuasa 6.7 hp yang dipadankan dengan transmisi kelajuan tunggal yang memacu roda belakang.
Ruang kabin pula memang tidak menampilkan sebarang kemewahan, melainkan roda stereng krom berbentuk heksagon, serta panel instrumen yang digilap menampilkan dua unit paparan digital yang serba ringkas.
Model konsep ini dimiliki oleh Petersen Automotive Museum, namun bagi mereka yang berminat, Lo-Res Car boleh didapati menerusi bidaan di Bring a Trailer yang akan berakhir pada 16 Oktober ini.
Sehingga saat artikel ini ditulis, harga bidaan pada ketika ini mencecah $45,000 (RM187,628).
Namun harus diingat, Lo-Res Car tidak halal digunakan di atas jalan raya.
Sumber: Bring a Trailer