Model 'tulen' Ralliart dijangka muncul tahun 2024

oleh Mohamad Hanif|
sumber: BestCarWeb
Mitsubishi Ralliart telah pun membuat kemunculan semula di dalam sukan permotoran menerusi penglibatan trak pikap Triton di dalam acara Asia Cross Country Rally 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bagi mereka yang berharap kemunculan penuh Ralliart, usah risau.

Ini kerana satu laporan daripada Jepun mendakwa jenama berprestasi tinggi itu akan muncul dengan sebuah model pantas menjelang tahun 2024.

BestCarWeb melaporkan Ralliart akan memperkenalkan versi berprestasi tinggi Outlander PHEV yang laris terjual di sesetengah pasaran.
 

Outlander


Outlander PHEV Ralliart bukan sahaja akan menampilkan talaan suspensi serta sistem aero yang relevan, ia juga akan membawakan nadi plug-in hybrid yang lebih berkuasa.

Dengan menggunakan asas daripada trenkuasa 2.4L sedia ada, Mitsubishi Ralliart akan menala kembali output motor elektrik di mana ia mampu menyumbang kepada kuasa sehingga 290 PS secara keseluruhan.

Awal tahun 2022, Mitsubishi memperlihatkan sebuah model konsep Mitsubishi Vision Ralliart Concept dengan padanan kit badan yang serba agresif.
 

Outlander


Pada ketika itu, Mitsubishi mendakwa Outlander PHEV Ralliart mempunyai output motor elektrik yang lebih berkuasa, sistem kawalan pacuan empat roda S-AWC yang dipertingkat, serta kapasiti bateri yang lebih besar.

Mungkin ia bukanlah satu petanda kemunculan semula plet nama Evolution yang sangat sinonim dengan Mitsubishi, akan tetapi dengan kehadiran Outlander PHEV Ralliart ini sekurang-kurangnya dapat merawat kerinduan peminat terhadap jenama tiga berlian ini.

Sumber: BestCarWeb

Berita Berkenaan

Berita Global
Bersempena dengan perlumbaan Asia Cross Country Rally 2022 yang akan berlangsung pada November ini…
Berita Global
Pada pameran sama, Mitsubishi turut memperkenalkan Xpander facelift yang sebelum itu dilancarkan…
Berita Global
Tanpa sebarang maklumat berhubung model apakah yang bakal diperkenalkan kelak, Mitsubishi mendakwa…