Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC telah terhempas di lokasi tersebut.
Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan tidak dapat perincian mengenai keadaan mangsa serta punca kejadian.

"Saya hanya boleh mengesahkan kejadian namun tidak dapat perincian kerana hanya nampak bahagian ekor pesawat," katanya ringkas kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan kes itu dan akan mengeluarkan kenyataan media dalam masa terdekat.

Pada Selasa, tular sebuah video berdurasi 17 saat memaparkan serpihan pesawat terhempas yang tidak diketahui modelnya di sebuah ladang kelapa sawit.
Sementara itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan pesawat itu terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang tengah hari tadi.
SUMBER : Sinar Harian, AstroAwani