Nahas pesawat terhempas di Elmina, 10 terkorban termasuk EXCO Pahang

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Berita Harian
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan sekurang-kurangnya 10 orang mangsa terkorban termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, berhampiran Lebuhraya Guthrie petang tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Berita Harian, dalam kejadian jam 2.40 petang, pesawat  jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) dengan nombor pendaftaran N28JV yang dikatakan membawa enam penumpang serta dua kru dilapor gagal dikawal sebelum terhempas.

Jelasnya lagi, pesawat tersebut berlepas dari Langkawi dan sudah diberikan kebenaran untuk mendarat oleh Menara Kawalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 2.40 petang.

 


Pesawat berkenaan dilapor terhempas dua minit sebelum dijadualkan mendarat.

Semasa kejadian, pesawat tersebut turut merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal di tempat kejadian.

Pihak polis menjangkakan sekurang-kurangnya 10 orang terkorban. Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata mayat masih belum dikeluarkan dari serpihan…
Berita Domestik
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat ringan model BK 160 Gabriel…
Berita Domestik
Berdasarkan analisis visual dan pemerhatian oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) MOT, hujung…