Nissan Fairlady Z masuk Jepun, RM255k dan stereng kanan itu penting!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Fairlady Z
Nissan Fairlady Z
Nissan pada Ogos 2021 memperkenalkan model ikonik Z yang merupakan generasi ketujuh dan pengganti 370Z.

Fairlady Z adalah kereta sport popular dan diminati di serata dunia dengan jualan terkumpul sudah melebihi 1.8 juta unit!

Pengenalan Z pada Ogos dibuat di Amerika Syarikat dan seperkara tentang pasaran negara itu adalah stereng berada di sebelah kiri.

Kedudukan stereng sebegitu tidak sesuai untuk negara dengan pemanduan kanan dan bila pula gilirannya? Jawapannya sudah ada.
Nissan Fairlady Z

 

Nissan pada 14 Januari lalu memperkenalkan Fairlady Z di Jepun dan akan mula dijual pada hujung Jun tahun ini.

Secara tidak langsung bermakna Fairlady Z boleh dijual di negara pemanduan kanan sama ada secara rasmi atau melalui pengimport bebas.

Buat permulaan Nissan Jepun akan memasarkan model edisi istimewa Z Proto Spec seperti yang ditawarkan di Amerika Syarikat.

Di AS, Nissan Z mempunyai dua lagi varian iaitu Z Sport dan Z Performance. 

 

Nissan Fairlady Z

 

Dari segi reka bentuk, tiada yang perlu diperkatakan kerana Z menggunakan pengaruh model klasik seperti 240Z, 240ZG dan 300ZX.

Untuk pasaran Jepun, Nissan menawarkan 240 unit Proto Spec yang membawa elemen model prototaip Fairlady Z dua tahun lalu.

Badan kereta dikenakan warna kuning dan hitam dengan roda Rays saiz 19 inci. Di sebalik roda warna emas titanium itu ialah angkup brek berwarna kuning.

Bahagian dalam Z dibaluti kulit asli dan fabrik seakan suede dengan kombinasi warna hitam dan kuning. 

 

Nissan Fairlady Z

 

Dari segi mekanikal, Nissan Z Proto Spec digerakkan enjin 3.0L VR30DDTT V6 turbo berkembar berkuasa 405 ps pada 6,400 rpm dan tork 475 Nm dari 1600 rpm hingga 5600 rpm.

Pelanggan ditawarkan pilihan transmisi enam kelajuan manual atau sembilan kelajuan automatik dengan mod manual (9M-ATx).

Secara keseluruhannya ada empat varian yang ditawarkan di Jepun iaitu Fairlady Z, S dan Z ST.

Varian pengenalan iaitu Z Proto Spec dijual pada harga 6,966,300 yen (RM255,282) untuk kedua-dua transmisi manual atau automatik.

Dengan penawaran di Jepun, peminat Z di negara kita boleh senyum dengan lebih lebar!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Fairlady Z

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Video berdurasi tiga saat itu memaparkan sebuah Nissan Z misteri memotong Honda S2000 dengan…
Berita Global
Baik dari pihak pengarah rekaan eksekutif Nissan Satoru Tai, mahupun daripada pihak Ketua Unit…
Berita Global
Video teaser berdurasi hampir seminit itu mendedahkan nama pengganti Nissan 370Z yang digelar…