Operasi kilang Toyota Jepun terhenti kerana serangan penggodam!

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota Jepun terpaksa menutup kilang-kilang mereka esok kerana salah satu pembekal terbesar mereka, Kojima Industries telah diserang oleh penggodam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Nikkei, keputusan itu dilakukan selepas pembekal itu digodam dan membuatkan sistem pengurusan komponen pembekal itu terus terhenti.

Toyota dilaporkan masih mengkaji samada operasi mampu diteruskan pada hari Rabu. Penutupan operasi kilang untuk esok sudah bakal mengganggu pengeluaran hampir 10,000 unit kenderaan, atau lima peratus dari pengeluaran kenderaaan Toyota untuk Jepun.

Kojima membekalkan komponen plastik untuk Toyota.

Ini mungkin baharu untuk anda tetapi sebenarnya penggodam sudah lama mensasarkan syarikat automotif kerana kekayaan mereka.

Di Malaysia juga ada kes-kes yang sama, dan antara kesannya ialah penghantaran kenderaan baharu terpaksa ditangguh, menjadikan pelanggan marah.

* Laporan penuh di Nikkei Asia

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…