Penjual semula Spectre akan disenaraihitamkan Rolls-Royce

oleh Mohamad Hanif|
Apabila permintaan melebihi pengeluaran yang ada kalanya terhad, akan muncul pihak yang tidak bertanggungjawab membeli dan menjual semula model tersebut pada harga yang lebih tinggi di pasaran kenderaan terpakai.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Pelbagai cara telah dilakukan oleh kebanyakan pengeluar bagi membanteras masalah ini, namun Rolls-Royce mempunyai cara yang ekstrem.

CEO Rolls-Royce, Torsten Müller-Ötvös memberitahu Car Dealer Magazine, setiap pemilik prospektif untuk model Spectre perlu menjalani satu sesi 'temuduga' untuk melayakkannya mendapat slot tempahan.
 

spectre


Namun jika pembeli tersebut didapati menjual semula Spectre yang telah diperoleh dengan niat untuk memperoleh keuntungan lebih, nama mereka akan disenaraihitamkan dan tidak akan diberikan peluang untuk membeli sebuah Rolls-Royce.

Pun begitu, sebuah pengedar supercar terpakai mendakwa pihaknya telah berjaya mendapatkan dua buah Spectre untuk dijual di fasilitinya dengan premium mencecah £50,000 (RM300,150).

Baca: Rolls-Royce Spectre - EV Coupe dengan jarak gerak 520 km

Sumber: Car Dealer Magazine

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…
Pelancaran
Malaysia menjadi antara negara di ASEAN yang terawal untuk menerima model EV pertama dari Rolls-…