Perjalanan percuma KTMB dengan pas MyRailLife untuk pelajar sekolah dan OKU

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Pelajar sekolah dan orang kurang upaya (OKU) kini boleh menikmati perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma menerusi pas perjalanan tanpa had MyRailLife yang dilancarkan pada Khamis.


 

Perkhidmatan percuma ini melibatkan sektor Lembah Klang dan utara serta perkhidmatan Shuttle Timuran.
 

 

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata pas perjalanan percuma menerusi inisiatif MyRailLife ini dijangka dapat mengurangkan kos pengangkutan kepada 500,000 pelajar sekolah dan OKU dengan penjimatan sebanyak RM180 sebulan.



"Kementerian Pengangkutan amat komited terhadap agenda kerajaan untuk mengawal kos sara hidup, adalah diharapkan langkah ini bukan sahaja dapat memanfaatkan para pelajar sekolah dan OKU tetapi juga meringankan beban kewangan ibu bapa yang menampung kos pengangkutan anak-anak mereka," kata beliau pada sidang media pelancaran MyRailLife di KL Sentral pada Khamis.

 

Katanya, MyRailLife yang berkuatkuasa semalam melibatkan kos RM4 juta setahun dan mencatatkan 320 pendaftaran di seluruh negara pada hari pertama dilancarkan.



Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi KITS (KTMB Mobile) ,laman sesawang KTMB atau di kaunter KTMB berhampiran.



Sementara itu, Anthony juga memaklumkan bermula Sabtu ini, penambahbaikan jadual waktu perkhidmatan KTMB sektor utara melibatkan laluan Padang Besar ke Butterworth juga dilakukan bagi mengatasi kesesakan di waktu puncak.

 

perasmian

 

RTM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Katanya hasil siasatan kejadian jam 10.10 pagi kelmarin di kawasan tempat letak kenderaan awam OKU…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…
Informasi
"Melalui program ini, individu terlibat perlu menjalani penilaian pramemandu dan menunggang…