Menurut Hyundai, Ioniq 5 Robotaxi ini bakal menjalar di atas jalan raya pada tahun 2023 dengan keupayaan pemanduan autonomi tahap 4 (SAE Level 4) yang tidak memerlukan input daripada pemandu fizikal.
Usahasama Motional ini terbentuk pada tahun 2020 menerusi kerjasama antara Hyundai dengan syarikat solusi mobiliti Aptiv yang sebelum ini mengusahakan armada teksi robot di Las Vegas Nevada.
Ioniq 5 Robotaxi dilengkapi dengan lebih daripad 30 penderia yang merupakan kombinasi antara kamera, radar dan lidar yang menawarkan keupayaan pengesanan 360 darjah, imej beresolusi tinggi dan pengesanan objek jarak jauh untuk operasi pemanduan autonomi yang selamat dalam apa jua kondisi sekeliling.
Teknologi tanpa pemandu Motional turut merangkumi sistem pembelajaran mesin termaju yang menggunakan data dari dunia sebenar yang dikumpulkan selama bertahun-tahun untuk menghadapi keadaan pemanduan yang serba kompleks.