Lebih mengejutkan, apabila melalui kawasan sama selang dua hari kemudian, dia mendakwa melihat pesawat tersebut masih berada di tempat sama dan tidak bergerak.
Kejadian pelik itu mendapat perhatian netizen dari seluruh dunia dengan ada yang mengaitkannya dengan teori konspirasi seperti yang dipaparkan menerusi filem sains fiksyen popular, The Matrix.
Menurut mereka, manusia hidup dalam sebuah mesin esktradimensi merangkumi seluruh alam semesta.
Dakwaan itu disokong oleh beberapa pengguna lain yang mengatakan bahawa kejadian pesawat pegun itu adalah bukti berlakunya gangguan dalam simulasi, sama seperti yang dipaparkan dalam filem The Matrix.
“Jangan risau. Sistem mengalami sedikit gangguan. Kami akan melaporkan masalah ini,” tulis seorang pengguna.
Kejadian itu bagaimanapun mempunyai penjelasan saintifik, di mana ia berkemungkinan terjadi disebabkan oleh keadaan yang dinamakan ilusi optik.
Menurut ajar.com, ilusi optik adalah ilusi yang menipu sistem penglihatan mata untuk melihat sesuatu yang tidak wujud, atau melihat sesuatu secara silap.
Keadaan seumpama itu pernah berlaku pada 2018 apabila sekumpulan penunggang motosikal di Moscow, Rusia menyangka mereka melihat sebuah pesawat di udara yang tidak bergerak.
Sebaliknya, perkara sebenar yang terjadi adalah pesawat itu terbang pada kelajuan perlahan ketika angin kencang bertiup pada arah bertentangan yang menyebabkannya ia kelihatan seolah-olah tidak bergerak.
Video disertakan di bawah ini: