Inisiatif ini juga adalah sebahagian dari kempen Petronas, 'Cerita Kita' yang bertujuan mempromosikan detik-detik indah berdasarkan keunikan negara kita. Kempen ini sedang diadakan di seluruh negara dan akan diiklankan di televisyen dan balai pameran seni dalam meneruskan usaha Petronas untuk menggalakkan perpaduan dan bersosial bersama di kalangan rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato' Sri Syed Zainal Abidin berkata dalam semangat patriotik untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia nanti, pelancaran lukisan mural ini adalah berdasarkan lambang kebanggaan dan kegembiraan melalui kisah negara kita sendiri dan untuk mengingatkan kita tentang kasih kita terhadap tanah air kita sendiri.
Beliau turut berkata, "PDB telah bekerjasama dengan penuntut dari universiti tempatan untuk mengambil bahagian dalam kempen ini sebagai usaha kami untuk mempamerkan bakat tempatan serta menggalakkan para belia untuk mempamerkan bagaimana mereka bangga dengan negara sendiri melalui lukisan. Buat masa ini sebanyak tujuh buah stesen Petronas telah diberikan lukisan mural ini dan kami akan mengembangkan inisiatif ini di lain-lain station dalam usaha mempromosikan bakat seni tempatan di samping meningkatkan tarikan visual stesen kami menjadikannya lebih segar dan menarik."
Tujuh lokasi lukisan mural boleh di dapati di stesen Petronas seperti berikut:-
1. Petronas Solaris : lukisan yang berlatar belakangkan keadaan pasar malam.
2. Petronas Tapah, Perak : lukisan yang bertema air terjun, Lata Kinjang.
3. Petronas Batu Feringgi, Penang : lukisan yang menunjukkan bagaimana kita sukakan masakan di Penang.
4. Petronas The Place, Ampang : lukisan yang menunjukkan kehidupan di bandar.
5. Petronas MITC, Melaka : lukisan yang menunjukkan tangga batu.
6. Petronas Peramu 2, Pahang : lukisan yang berdasarkan Taman Negara.
7. Petronas Luyang, Kota Kinabalu : lukisan yang bertemakan Gunung Kinabalu dan alam semula jadi.
Di samping itu, PDB juga akan mengenengahkan siri wira-wira yang tidak didendangkan bermula dari rakan kongsi niaga, kakitangan dan pelanggan Petronas sendiri.
Kepada orang ramai yang ingin berkongsi rasa kasih terhadap Malaysia, anda hanya perlu kongsi dengan Petronas bersama hashtag #ceritakita.
Secara keseluruhan sebanyak 200 ke 300 buah stesen Petronas di seluruh negara akan diberikan lukisan mural ini. Gambaran lukisan pula akan berdasarkan lokasi dan tarikan di negeri tersebut dan setiap lokasi akan mempunyai lukisan mural yang berbeza.