Pihak berkuasa minta orang awam cari jet F-35 hilang dari radar

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Sky News
Pihak berkuasa Amerika Syarikat meminta orang awam untuk mencari sebuah jet pejuang jenis Lockheed Martin F-35 yang dilaporkan hilang di South Carolina selepas juruterbangnya menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri pada jam 2.00 petang, waktu tempatan.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Tidak diketahui punca sebenar kenapa juruterbang itu terpaksa menggunakan kerusi anjal.

Namun yang pasti, juruterbang itu berjaya mendarat dengan menggunakan payung terjun di kawasan perjiranan Charleston, dan berada di dalam keadaan stabil.

Yang anehnya, pesawat yang dikendalikan oleh juruterbang itu tidak dapat dikenalpasti kedudukannya buat masa ini.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa turut menyebut jet F-35B itu sedang berada di dalam mod autopilot semasa juruterbang itu membuat lentingan kecemasan.

 


Sementara itu, laman akhbar The Washington Post telah mendapatkan maklum balas daripada Joint Base Charleston di mana komponen transponder jet tersebut tidak berfungsi sewaktu insiden itu berlaku.

Markas tentera udara itu turut dilapor meminta bantuan orang awam untuk melakukan pencarian jet F-35B yang hilang itu, di mana langkah itu turut mengundang kritikan daripada pelbagai pihak.

Sumber: The Drive, The Washington Post

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam satu kenyataan rasmi, pihak lapangan terbang mengesahkan semua penumpang dan anak kapal telah…
Berita Domestik
"Syarikat juga diminta menyediakan bon prestasi sebanyak RM550,800 serta melaksanakan 'Professional…
Berita Global
"Mangsa menghembuskan nafas terakhir selepas dipindahkan ke hospital," ujar NTSC. Menurutnya,…