"Bagi saya seminggu, saya akan panggil semua syarikat p-hailing, saya akan jumpa di Pejabat Perdana Menteri, saya nak sampaikan pandangan saudara semua.
"Saya kena panggil syarikat-syarikat ini (tanya) sebab apa (kadar upah) daripada RM7 (turun) kepada RM6.. itu dia (syarikat) kena terangkan kepada Perdana Menteri.
"Itu yang mampu saya buat bagi meringkankan beban saudara-saudara semua," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sesi Temu Anwar sempena Program Himpunan Rider MADANI Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan kira-kira 5,000 rider seluruh Selangor.
Anwar berkata kerajaan juga memperuntukkan RM1 juta bagi melantik sekretariat tidak rasmi untuk menyelaras isu berkaitan penghantar p-hailing dalam usaha memastikan kebajikan pekerja industri itu terus terpelihara.
"Supaya dapat program (bantuan kepada p-hailing) ini berterusan, saya tidak mahu jadi 'one-off' jadi untuk permulaan, jawatankuasa informal untuk menyelaras kegiatan gig rider, saya peruntukkan RM1 juta hari ini.
"Ini penting, kalau tidak ia jadi tak tersusun, jadi (supaya) kita tahu masalah penghantar p-hailing, masalah pinjaman, masalah kemudahan, insurans, PERKESO," katanya.
Beliau berkata penghantar p-hailing boleh memilih pihak bersesuaian untuk dilantik sebagai sekretariat yang bakal mewakili mereka.