PROLINTAS perjelas isu subkontraktor DASH tidak terima bayaran

oleh Penyumbang Rencana 2|
Pihak PROLINTAS dalam satu kenyataan menjelaskan kontraktor utama yang dilantik oleh Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn Bhd (PLDASH), Turnpike Synergy Sdn Bhd telah menjelaskan segala bayaran kepada lapan Kontraktor Pakej Kerja (KPK).
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

Menurut siaran media yang dihantar baru-baru ini, bayaran kepada KPK telah pun dibuat selepas mendapat perakuan dan pengesahan daripada Perunding Jurutera Utama dan Perunding Juruukur Bahan melalui Sistem Perakuan Interim Pembayaran. 

Jelasnya lagi, segala tuntutan daripada KPK telah disemak, diteliti dan disahkan melalui proses yang telus serta berpandukan terma-terma kontrak mengikut peratusan kerja yang disiapkan. 

Pihak Turnpike telah melaksanakan kewajiban sebagai Kontraktor Utama yang bertanggungjawab dengan membuat bayaran ke atas segala tuntutan yang diperakukan, disahkan dan dipersetujui bersama oleh KPK dan Perunding tersebut di atas. 

Pihak Turnpike juga telah mengambil pelbagai inisiatif dalam membantu KPK seperti pembayaran dalam tempoh 30 hari berbanding terma kontrak 60 hari,pembayaran terus kepada sub-kontraktor tertakluk kepada kebenaran daripada KPK, serta pembayaran dua kali sebulan untuk membantu aliran tunai KPK dan sub-kontraktor untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya DASH dengan jayanya.

DASH yang telah dibuka kepada umum baru-baru ini kini berada di dalam tempoh liabiliti kecacatan, di mana perakuan akaun muktamad hanya akan dikeluarkan setelah kesemua tuntutan bayaran akhir pihak KPK diperhalusi dan diperakui oleh pihak Turnpike, Perunding dan KPK. 

PROLINTAS turut menggesa mana-mana pihak sub-kontraktor ataupun mana-mana pihak mendakwa terdapat bayaran yang masih belum dijelaskan oleh pihak KPK untuk merujuk kepada terma-terma kontrak di antara KPK dan sub-kontraktor tersebut bagi mencari jalan penyelesaian. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal…
Berita Domestik
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, tiada sebarang permit sah dikeluarkan oleh mana-mana pihak…
Berita Domestik
Insiden nahas yang berlaku itu adalah disebabkan oleh kekeliruan pertindihan garisan jalan yang…