Proton tangguh debut X70 di pasaran Indonesia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model SUV paling laris dari Proton, X70 pada mulanya dijadualkan untuk membuat kemunculan secara rasmi pada Indonesia International Motor Show (IIMS 2019) pada bulan ini. 

Entah di mana silapnya, Proton dikhabarkan tidak akan menyertai acara tersebut dan ia disahkan sendiri oleh Ketua Pemasaran Proton Edar Indonesia, Rully Septiadi seperti yang dilaporkan oleh Kompas

Tambah beliau lagi, dengan penangguhan kemunculan buat kali pertama ini, Proton X70 tidak akan diperkenalkan di negara jiran buat masa terdekat. 

Namun begitu, Menurut Pengarah Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu berkata ini tidak bermakna Proton mengabaikan pasaran Indonesia dan para peminatnya di sana, memandangkan Indonesia itu sendiri merupakan antara pasaran utama di rantau ASEAN.

Menurut Steven lagi, Proton juga sedang mencari rangkaian pengedar tempatan bagi menembusi pasaran Indonesia. 

Sumber: Kompas melalui CarList.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…