Pembukaan pusat pameran 3S pertama di negeri itu membawakan penawaran penuh model skuter ikonik, selain menyediakan pusat servis khusus menjadikannya sebagai pusat sehenti bagi para peminat jenama tersebut.
Pusat pameran yang dikendalikan oleh Yong Sport Motor (Vespa Kuching) turut membawakan identiti korporat baharu Vespa, menyediakan ruang menunggu yang selesa, serta pelbagai jenis aksesori gaya hidup selain daripada membawakan pelbagai jenis model Vespa terkini yang bakal memenuhi keperluan para pelanggan di sekitar Kuching.
Pusat Pameran 3S Vespa Kuching ini terletak di Hakka Avenue Estate.