Rakyat US beli satu juta unit EV dalam tahun 2023

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengguna Amerika Syarikat (US) telah membeli satu juta unit kenderaan elektrik (EV) dalam tahun 2023, kali pertama jumlah itu dicapai untuk genre tersebut.

Menurut laporan Bloomberg New Energy Finance, lebih dari 960,000 EV telah dibeli dari Januari higga ke Oktober 2023 dan dengan anggaran purata jualan sebulan, jumlah sejuta unit sepatutnya telah tercapai pada bulan November.

Dakwaan itu disokong oleh Cox Automotive, satu lagi agensi yang menyimpan data dan rekod jualan kenderaan di US. Cox Automotive turut menegaskan bahawa angka itu hanyalah untuk kenderaan EV tulen, tidak termasuk Plug-In Hybrid atau PHEV.

Peningkatan jualan itu dikatakan berpunca dari peningkatan model-model EV yang ditawarkan di dalam pasaran dan juga Akta Pengurangan Inflasi yang memberikan kredit cukai untuk pembelian EV.

Jumlah jualan EV di US walaubagaimanapun masih rendah - 8 peratus dari julah keseluruhan untuk separuh pertama tahun 2023. Untuk perbandingan, China menjual 19 peratus EV dalam tempoh yang sama sementara jualan global EV pula ialah 15 peratus dari jumlah keseluruhan.

Apapun, jualan EV di US masih menunjukan tren peningkatan walaupun ia rendah sedikit dari jumlah jualan yang dianggarkan pada awal tahun lalu.


*Laporan penuh di CNN

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara tarikan utama model itu ialah penggunaan sensor LiDAR di bahagian bumbung, sekali gus…
Berita Global
Model kompak elektrik itu dijadualkan dilancarkan secara rasmi di China pada 10 Ogos, selepas…
Berita Global
Kehadiran model baharu itu dilihat sebagai langkah penting Volkswagen untuk meningkatkan penguasaan…