Rolls-Royce La Rose Noire Droptail - satu daripada empat unit binaan khas dalam dunia

oleh Mohamad Hanif|
Divisyen khas Rolls-Royce Coachbuild baharu sahaja memperlihatkan hasil kerja mereka terulung mereka yang terbaharu, iaitu La Rose Noire Droptail yang merupakan salah satu daripada empat unit yang akan dibina secara khas untuk pelanggan mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

La Rose Noire Droptail ini dikatakan mengambil inspirasi daripada bunga ros Perancis yang dikenali sebagai Black Baccara, salah satu bunga kegemaran ibu kepada keluarga pemilik Droptail ini.

Kemasan warna merah Droptail ini merupakan hasil gandingan dua warna merah yang digelar sebagai True Love dan Mystery.
 

droptail


Ia direka untuk tampil seakan hitam gelap di bawah bayang, namun mempunyai cahaya merah mutiara di bawah sinaran mentari.

Rekaan unik Droptail membezakannya dengan model-model Rolls-Royce yang lain.

Ia membawakan lampu depan LED yang lebih nipis, lampu nyalaan siang, jeriji krom yang besar, diikuti dengan rekaan lampu belakang yang tidak pernah dilihat pada mana-mana model Rolls-Royce.
 

droptail


Selain itu, terdapat juga panel bumbung mudah alih yang diperbuat daripada gentian karbon, memberikan imej coupe yang dramatik, serta menampilkan seksyen kaca elektrokromatik.

Untuk ruang kabin, pihak Rolls-Royce mengambil masa hampir dua tahun untuk melengkapkan bahagian tersebut yang didominasi oleh seni kelopak bunga ros yang gugur dihasilkan daripada 1,603 kepingan venir kayu hitam.
 

droptail


Tempat duduk pula dibaluti dengan kulit merah bertemakan True Love dan Mystery, sementara konsol tengah pula menempatkan paparan jam kustom bersaiz 43 mm yang dihasilkan oleh Audemars Piguet.

Jam tangan ini membawakan warna La Rose Noire, dengan bezel dalaman berwarna merah diikuti dengan rekaan dial berwarna hitam yang dihiasi dengan serong tona rhodium.

Menariknya, jam ini boleh ditanggalkan daripada bahagian tersebut, dan boleh dipakai seperti jam tangan biasa.
 

droptail


Droptail tidak dibangun berdasarkan senibina Architecture of Luxury (Cullinan, Ghost, Phantom), sebaliknya ia menggunakan casis monocoque baharu yang diperbuat daripada keluli, aluminium dan gentian karbon.

Ia masih mengekalkan enjin bentangan V12 6.75 liter turbo berkembar dengan kuasa 593 hp dan 840 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa kurang lima saat, dan kelajuan tertinggi 250 km/j.

Seperti biasa, Rolls-Royce tidak mengumumkan harga untuk satu unit Droptail, berkemungkinan besar setiap satu berharga sekitar $25 juta.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…