Rolls-Royce sambut ulang tahun ke-110 kejayaan Alpine Trial 1913

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Rolls-Royce Motor Cars baru-baru ini telah menyambut ulang tahun ke-110 bagi kejayaannya di perlumbaan Alpine Trial 1913, yang merupakan antara peristiwa penting dalam sejarah jenama mewah itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Alpine Trial 1913 menampilkan cabaran yang diadakan selama lapan hari merentasi jarak 2,600km, yang membentuk reputasi Rolls-Royce sebagai 'kereta terbaik di dunia' lalu mencipta sejarah dalam dunia automotif.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1904, Rolls-Royce serta-merta memperoleh reputasi dengan kualiti dan ketahanan yang dicemburui, terutama sekali melalui model ikoniknya, Silver Ghost.

Silver Ghost dikuasakan enjin 6 silinder sebaris, dimana ia turut digelar dengan nama 40/50, seperti angka kuasa yang dihasilkan iaitu 40 hingga 50 HP.

 

2

 

Ketahanan jenteranya itu dibuktikan lagi melalui Scottish Reliability Trial 1907 sejauh 15,000 batu dan perlumbaan lagenda dari London ke Edinburg pada tahun 1911.

Namun, untuk pengarah urusan yang bertenaga dan bercita-cita tinggi mereka ketika itu iaitu Claude Johnson, beliau menggambarkan dirinya sebagai tanda sempang dalam Rolls-Royce.

Cita-citanya untuk menakluki pasaran Eropah dan sekaligus mengetahui bahawa kejayaan dalam acara kontinental berprofil tinggi adalah kuncinya. Pastinya Alpine Trial 1913 merupakan peluang yang tepat.

Johnson telah memilih sendiri pasukan kerja Rolls-Royce, dimana Eric Platford, salah seorang daripada pekerjanya yang paling dipercayai dan bekas mekanik kepada Charles Stewart Rolls sendiri turut terlibat sebagai pengurus.

 

3

 

Dalam perlumbaan atau ujian ketahanan Alpine Trial 1913, Silver Ghost yang diubah suai telah dipandu oleh wakil dari Austria iaitu Curt Friese, pemandu berpengalaman Alpine iaitu Jock Sinclair, dan EW Hives selaku pemandu pertama yang mencapai kelajuan 101 mph di dalam Silver Ghost.

Pemilik Silver Ghost ketika itu, James Radley turut dijemput oleh Johnson untuk bertindak sebagai pioneer bagi pasukan tersebut.

Silver Ghost yang telah diubah suai disediakan dengan teliti untuk menghadapi bahaya di laluan sepanjang musim bunga Alps ketika itu.

Seperti keadaan masa kini, ia termasuk suhu melampau, ketinggian tinggi, dan kecerunan tanpa ada jalan raya moden seperti masa kini untuk dimanfaatkan.

 

4

 

Pengubahsuaian teknikal paling ketara kepada Silver Ghost termasuk transmisi manual empat kelajuan baharu dengan gear rendah khas, casis dan suspensi yang diperkukuh, tangki bahan api utama yang lebih besar bersama tangki simpanan, serta sistem penyalaan baharu untuk menghidupkan enjin dalam cuaca sejuk.

Dengan semua persediaan telah dilakukan, pasukan Rolls-Royce bersama jentera Silver Ghost memulakan cabaran mereka ke Vienna untuk permulaan Alpine Trial pada 22 Jun 1913.

Dari 46 jentera yang memulakan perjalanan, hanya 31 yang tiba ke Vienna dan berjaya mengharungi perjalanan merentasi jarak 2,600 km selama 8 hari.

Walaupun Alpine Trial diteruskan sehingga tahun 1973, namun Rolls-Royce tidak lagi menghantar pasukannya semenjak kejayaannya pada tahun 1913, hal ini kerana mereka yakin bahawa tiada keperluan lagi untuk menyertainya setelah Silver Ghost memenangi gelaran 'kereta terbaik di dunia'.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…