Rolls-Royce sambut ulang tahun ke-110 kemenangan Grand Prix Sepanyol 1913

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Tepat pada tarikh 21 Jun 2023, Rolls-Royce menyambut satu lagi kejayaan bersejarahnya dengan ulang tahun ke-110 bagi kemenangan dalam perlumbaan Grand Prix Sepanyol 1913 dimana model ikoniknya, Silver Ghost telah memperoleh tempat pertama dan ketiga.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemenangan di Grand Prix Sepanyol 1913 telah menetapkan penguasaan teknikal dan taktikal yang digunakan Rolls-Royce untuk mencapai kejayaan lagenda di perlumbaan Alpenfahrt 1913 beberapa minggu kemudian.

Kejayaan bersejarah itu dikecapi dengan tiga perkara asas, iaitu hasil kejuruteraan dan prestasi unggul jentera lumba Silver Ghost, taktik pasukan yang dilaksanakan dengan sempurna, dan pengorbanan salah seorang pekerja Rolls-Royce yang paling berpengalaman dan berdedikasi.

Pada awal abad ke-20, ujian ketahanan merupakan salah satu kaedah utama bagi pengeluar kenderaan, termasuk jenama mewah seperti Rolls-Royce bagi menunjukkan keupayaan jenama mereka.

Dalam ujian ketahanan atau perlumbaan tersebut, Rolls-Royce mempunyai rekod yang dicemburui dalam ujian yang boleh dikatakan sukar pada masa tersebut.

Rolls-Royce membuktikan kehebatan jenama mereka dengan menyertai pelbagai perlumbaan untuk menguji ketahanan jenteranya termasuk Scottish Reliability Trial 1907 sejauh 15,000 batu dan perlumbaan lagenda dari London ke Edinburg pada tahun 1911.

Pada tahun 1906, Perancis mengadakan Grand Prix pertamanya, di bawah naungan Automobile Club de France.

 

2

 

Charles Stewart Rolls, diantara salah seorang perintis perlumbaan yang berjaya dalam sejarah permotoran telah menjadi ahli seawal umur 18 tahun.

Rolls-Royce membuktikan kebolehan dan ketahanan jentera mereka dengan mengharungi perlumbaan sejauh 192 batu yang merangkumi 3 pusingan, termasuk laluan mencabar di pergunungan Guadarrama, barat laut Madrid.

Dua buah jentera Silver Ghost yang diubah suai telah dihantar bagi membuktikan kehebatan jenama Rolls-Royce, dimana Silver Ghost pertama dipandu oleh Don Carlos de Salamanca y Hurtado de Zaldivar.

Manakala Silver Ghost kedua yang merupakan milik syarikat itu dipandu oleh salah seorang jurutera Rolls-Royce paling berpengalaman dan bertanggungjawab terhadap pelbagai kejayaan mereka, iaitu Eric Platford.

Dalam Grand Prix Sepanyol 1913 itu, Silver Ghost yang dipandu oleh Don Carlos de Salamanca memperoleh tempat pertama, manakala Silver Ghost yang dipandu Eric Platford memperoleh tempat ketiga.

Kemenangan bersejarah itu membuktikan kebolehan dan menandakan kepercayaan Rolls-Royce dalam menghasilkan kenderaan mewah dan berprestasi hingga ke hari ini.

Menjadi antara kejayaan bersejarah, kemenangan Rolls-Royce dalam Grand Prix Sepanyol 1913 tiba seminggu sebelum perlumbaan Alpenfahrt 1913 sejauh 1,600 batu.

Platford selaku pengurus pasukan Rolls-Royce mengetuai kejayaan mereka untuk memperoleh empat tempat teratas, sekaligus meletakkan Silver Ghost sebagai kereta terbaik dunia dalam sejarah.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…