Rolls-Royce Spectre 2024 - EV seberat 3 tan, jarak gerak 520 km

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, kira-kira 120 tahun yang lalu pengasas Rolls-Royce Charles Rolls pernah mencetuskan idea untuk menghasilkan sebuah Rolls-Royce berkuasa elektrik?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, idea tersebut direalisasikan dengan sempurna menerusi pengenalan model Spectre, EV pertama Rolls-Royce yang membawakan bentuk badan coupe mewah dua pintu dan sistem trenkuasa elektrik sepenuh masa.
 

Spectre


Spesifikasi penuh Spectre tidak didedahkan buat masa ini, namun ia memiliki ukuran jarak antara roda sepanjang 3,210 mm, dengan casis spaceframe aluminium yang menggandingkan struktur bateri bagi menjadikannya 30 peratus lebih tegar berbanding mana-mana model Rolls-Royce.

Kapasiti pek bateri juga masih lagi dirahsiakan, namun unit bateri sahaja sudah seberat 700 kg, menyumbang kepada berat keseluruhan menghampiri 3 tan (atau angka tepat 2,975 kg).

Biarpun dengan berat badan yang sama macam lori, namun Spectre masih lagi mampu mencapai jarak gerak sejauh 520 km mengikut data WLTP.
 

Spectre


Data awal menunjukkan Spectre berupaya menjana kuasa setinggi 577 hp dan daya kilas 900 Nm, yang membolehkan pecutan 0-100 km/j diselesaikan dalam masa 4.5 saat.

Menurut Rolls-Royce, angka output sebenar, kapasiti pek bateri serta jarak gerak Spectre ini akan dimuktamadkan kelak.

Selain itu, Rolls-Royce Spectre juga akan menampilkan sistem suspensi planar yang mampu menyahgandingkan bar anti-oleng bagi membolehkan pergerakan keempat-empat tayar yang lebih bebas, sekaligus menawarkan pemanduan yang lebih lancar di atas laluan yang tidak rata.

Namun, bar anti-oleng itu boleh disambungkan kembali apabila mendekati selekoh untuk pengendalian yang lebih sporti, dibantu dengan ciri seperti peredam adaptif dan juga sistem stereng empat roda.
 

EV


Bahagian luar Rolls-Royce Spectre ini menampilkan rekaan jeriji yang paling lebar pernah dipasang dengan sistem pencahayaan 22 LED, diikuti patung Spirit of Ecstasy yang lebih aerodinamik.

Secara keseluruhan, kadar pekali seretan untuk model Spectre adalah sekitar 0.25 Cd sahaja, menjadikannya model Rolls-Royce yang paling aerodinamik dalam sejarah.

Tidak ketinggalan, rim sebesar 23 inci, juga saiz rim yang paling besar pernah dimuatkan dalam sejarah 100 tahun Rolls-Royce!
 

EV


Untuk ruang kabin, selain daripada headliner galaksi bintang Starlight yang sungguh mengasyikkan itu, pembeli juga boleh melengkapkan Spectre dengan ciri Starlight Doors pada panel pintu yang menampilkan 4,796 titik bercahaya (tidak termasuk unit headliner).

Tempat duduk hadapan juga adalah serba baharu, di mana ia menampilkan gandingan warna yang cerah sama seperti yang terdapat pada panel pintu, seksyen bawah papan pemuka dan headliner itu tadi.

Rolls-Royce Spectre hanya akan tiba menjelang suku keempat 2023, di mana dari segi harga ia akan diposisikan antara model Cullinan dan Phantom.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…
Pelancaran
Malaysia menjadi antara negara di ASEAN yang terawal untuk menerima model EV pertama dari Rolls-…