Rolls-Royce Wraith Kryptos Collection - kereta bertemakan kriptografi, 50 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebuah pengeluar kereta super mewah yang rata-rata pembelinya terdiri daripada golongan kluster kayangan, adalah tidak menghairankan apabila tiada dua buah kereta yang serupa spesifikasinya keluar dari kilang.

Ini kerana tipikal syarikat automotif sebegini menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian dan opsyen kepada para pelanggannya. Maklumlah, duit berlambak.

 


Terbaharu, Rolls-Royce telah menambah sebuah lagi koleksi bagi menyertai model-model Adamans Collection dan Luminary Collection ke dalam keluarga Wraith, dikenali dengan nama Wraith Kryptos Collection.

Wraith Kryptos Collection diinspirasikan daripada ukiran Kryptos yang terdapat di Central Intelligence Agency (CIA) di Amerika Syarikat, serta hadir dengan mesej tersendiri iaitu “codifying a journey that only a few will master.”

 


Kod mesej (cipher) itu boleh dilihat terpampang di atas papan pemuka meliputi seksyen sentral dan kemudian semakin memudar daripada bahagian penumpang menuju ke bahagian pemandu.

Sementara teks tersembunyi pula diukir atas permukaan brushed metal gelap dan posisi terbaik untuk melihatnya adalah dari posisi pemandu.

 


Bahagian headliner pula menampilkan mesej yang tersendiri terima kasih kepada susunan dua warna terhadap gugusan lampu ala-ala bintang, diikuti dengan pencahayaan dinamik yang 'mengalir' dari hadapan ke bahagian belakang.

Tema cipher yang serupa itu juga boleh didapati pada bahagian perehat kepala hadapan.

Rolls-Royce Wraith Kryptos Collection ini hanya akan diproduksikan sebanyak 50 unit sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Black Badge diwujudkan untuk menarik generasi pelanggan baharu Rolls-Royce yang mahukan sesuatu…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, tiada maklumat rasmi tentang model ini didedahkan oleh pihak Rolls-Royce…
Berita Global
Inspirasi Dari Bulu Emas Bailey Spectre Bailey hadir dengan skema warna dua tona krim dan emas,…