SCS Malaysia mahu tumpu pakej EV khas untuk B40

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat tempatan, System Consultancy Services (SCS) mahu wujudkan pakej teknologi EV untuk kegunaan marhaen di Malaysia.

Menurut Pengerusi Eksekutif SCS, Datuk Khalilur Rahman Ebrahim, industri EV sekarang ini lebih bertumpu kepada segmen mewah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Porsche, Mercedes-Benz, BMW dan Tesla menghasilkan produk-produk kereta elektrik (EV) yang terbaik tetapi harganya hanya untuk golongan berkemampuan," terang beliau dalam sesi Webinar anjuran sektor automotif Eurocham semalam bertajuk "A New Start for EV in Malaysia".

"SCS mahu menghasilkan pakej EV yang lebih sesuai untuk golongan B40 kerana dengan itu, kadar penggunaan EV lebih menyeluruh," tambah Khalilur.

Sebelum ini SCS dikecam hebat bila kenderaan prototaip MyKar mereka dipersembahkan kepada umum. 

Ramai yang beranggapan itu ialah produk mutakhir SCS, terutama dari golongan GBT (Geng Baca Tajuk).

 

 

Khalilur menerangkan SCS hanya menggunakan prototaip itu untuk menunjukan pakej EV mereka mampu beroperasi di atas jalanraya. Prototaip itu menggunakan badan "fibreglass" bersaiz Honda Jazz.

Pakej EV SCS sebenarnya adalah satu kit EV yang boleh dimasukkan ke dalam kenderaan berenjin biasa.

Sasarannya ialah pemilik-pemilik boleh menukarkan kenderaan lama mereka yang masih dalam keadaan baik kepada kenderaan EV dengan kit SCS.

 

 

 

Di bawah ialah antara sinopsis kit SCS yang sedang dibangunkan.

  • Bertumpu kepada kenderaan segmen A dan B kerana ini ialah segmen popular di kalangan B40.
  • Tidak perlu transmisi.
  • Tidak perlu differential.
  • Tidak perlu drive shaft.
  • Menggunakan motor elektrik yang dipasang terus kepada roda kenderaan (hub motor).
  • Mampu mencecah kelajuan yang selamat untuk lebuhraya dalam bandar (120 kmsj).
  • Cukup untuk jarak perjalanan 65 km, jarak paling kerap untuk kebanyakan penduduk di bandar dan pekan kecil serta di kampung-kampung.
  • Bateri sebesar 16 kWh yang lebih lasak dan mampu milik.
  • Bateri yang boleh dicaj penuh selama empat jam menggunakan palam elektrik rumah (tanpa perlu sebarang modifikasi sistem bekalan elektrik).

Khalilur bagaimanapun tidak berkongsi berapa kos untuk kit EV yang mahu dibina oleh syarikat beliau itu.

 

 

Idea SCS ini sebenarnya memang mempunyai potensi yang besar untuk masuk ke pasaran negara-negara Asean dan juga pasaran dunia ketiga.

Ini ialah kerana tenaga elektrik boleh dijana dengan kos yang lebih rendah dan penduduk luar bandar juga boleh menggunakan kenderaan lama yang sedia ada untuk tujuan tersebut.

Secara realitinya, EV untuk perjalanan jauh masih lagi bukan sesuatu yang praktikal. Perjalanan jauh juga bukannya satu aktiviti lazim.

Kenderaan untuk perjalanan dekat adalah keperluan harian dan EV adalah jawapan terbaik.

Isu utama dalam program ini ialah Akta Pengangkutan yang tidak membenarkan penukaran trenkuasa dari enjin biasa kepada elektrik. Ini perlu disentuh oleh agensi-agensi berkaitan agar penggunaan EV kit dibenarkan.

Di bawah ialah video model prototaip Mykar berlumba drag bersama Hezeri Samsuri  yang memandu sebuah Perodua Myvi.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…