Sekolah memandu di Norway haramkan penggunaan Tesla Model 3

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, kereta-kereta elektrik sudah menjadi satu kelaziman di negara Norway, di mana hampir setiap kereta baharu yang dijual terdiri daripada kenderaan elektrik (EV).

Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada digunakan sebagai kenderaan bantuan mengajar.

Sebabnya cukup mudah: tiada tuil isyarat membelok disertakan.

Menurut laporan Electrek, Jåhn Hansen Øyen yang mengendalikan Harstad Traffic School di sana berpendapat ketiadaan tuil isyarat membelok pada Tesla Model 3 mampu meningkatkan risiko kemalangan.
 

Tesla


Jika anda perasan, kemaskini terbaharu pada Tesla Model 3 Highland itu tidak lagi menyertakan tuil isyarat membelok tradisional pada kolum stereng.

Menariknya, EV Tesla merupakan antara model yang dipertimbangkan oleh Jåhn bagi menggantikan armada kereta sekolah memandu sedia ada.

Setelah memandu uji Tesla Model 3, beliau bukan sahaja tidak suka dengan butang isyarat membelok yang perlu ditekan pada stereng, malah berpendapat keadaan itu mampu mengganggu tumpuan semasa memasuki bulatan.
 

norway


Di Norway (atau di mana-mana tempat dalam dunia), pelajar sekolah memandu akan digagalkan sekiranya didapati tidak memberikan isyarat membelok semasa di bulatan.

Setelah melakukan perbincangan dengan kumpulan sekolah memandu di sana, pendapat Jåhn itu turut disokong oleh tenaga pengajar yang lain, di mana mereka berdepan dengan situasi yang sama.

Selain itu, risiko kemalangan adalah jauh lebih tinggi jika melibatkan pelajar sekolah memandu.  

Disebabkan isu ini, kebanyakan tenaga pengajar bersetuju untuk mengharamkan kereta Tesla daripada digunakan sebagai kereta bantuan mengajar.

Sumber: Elektrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Siasatan ini dibuat melalui satu defect petition yang memfokuskan kepada dakwaan bahawa pelepas…
Berita Domestik
Harga Baharu Tesla Model 3 Highland Menurut senarai rasmi Tesla Malaysia: Rear-Wheel Drive…
Berita Global
Keputusan ini mengukuhkan lagi kedudukan Tesla sebagai peneraju dalam aspek keselamatan kenderaan…