Tesla Malaysia serah kumpulan pertama Model 3 kepada pemilik

oleh Mohamad Hanif|
Tesla Malaysia baru-baru ini telah menyerahkan kumpulan pertama sedan elektrik Tesla Model 3 varian RWD dan Long Range kepada para pemilik masing-masing bertempat di Pusat Pengalaman Tesla Cyberjaya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, Tesla Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat servis yang terletak di Persiaran APEC, Cyber 6 yang mula beroperasi hari ini (29 November 2023).
 

Tesla


Fasiliti berkeluasan 22,000 kaki persegi itu menawarkan pengalaman servis sehenti kepada para pemilik EV Tesla, selain menawarkan sokongan diagnosis jarak jauh Over-the-air (OTA).

Para pemilik boleh membuat temujanji servis menerusi talian hotline 24jam/7hari seminggu, atau menerusi aplikasi mudah alih Tesla.
 

tesla


Tesla turut melancarkan pakej Premium Connectivity dengan langganan bulanan RM35.99, di mana pemilik boleh menikmati akses kepada penstriman muzik dan media, visualisasi trafik semasa dan banyak lagi.

Para pemilik Tesla juga dijemput untuk menyertai kelab rasmi Tesla Owners Club Malaysia untuk menikmati keistimewaan daripada pelbagai rakan kongsi Tesla.
 

Tes;a


Tesla Model 3 merupakan model EV kedua yang dijual secara rasmi di Malaysia selepas Model Y.

Dua varian ditawarkan, iaitu Model 3 RWD dengan jarak gerak sejauh 513 km untuk sekali cas penuh (RM189,000) diikuti varian Long Range Dual Motor dengan jarak gerak sejauh 629 km (RM218,000).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, terdapat sesetengah sekolah memandu di sana mula mengharamkan jenama Tesla daripada…
Berita Global
Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka…
Berita Domestik
Terdapat empat buah Tesla Supercharger V3 berkapasiti 250 kW yang membolehkan sebuah Tesla Model 3…