Tesla sahkan kehadiran Model 3 Performance tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Tesla telah mengemaskini penawaran sedan elektrik Tesla Model 3 'Highland' dengan membawakan rupa paras yang lebih segar, serta kualiti bahan yang lebih mewah beberapa bulan lepas.

Menariknya, Tesla baru-baru ini mengesahkan sebuah varian Performance yang lebih berkuasa dijangka akan muncul pada separuh pertama tahun hadapan.

Menurut laporan CarSales.com.au, pengeluar EV tersebut menjanjikan "beberapa kejutan menarik" untuk para pembeli Model 3 Performance tanpa memperincikan maklumat tersebut.

Apa yang pasti, Tesla Model 3 Performance ini bakal menawarkan prestasi kuasa yang lebih pantas berbanding varian RWD (pecutan 0-100 kmsj 6.1 saat) dan varian Dual Motor (0-100 kmsj dalam 4.4 saat).

Tidak ketinggalan, naik taraf dari segi kosmetik seperti penggayaan yang unik, roda baharu, set brek yang lebih besar serta perisian yang telah ditala semula untuk hamburan kuasa yang lebih mengujakan.

Tesla Model 3 kini sudah boleh dibeli di Malaysia dengan harga jualan bermula dari RM189,000 untuk varian RWD, atau RM218,000 untuk varian Long Range AWD.

 

Sumber: CarSales AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Siasatan ini dibuat melalui satu defect petition yang memfokuskan kepada dakwaan bahawa pelepas…
Berita Domestik
Harga Baharu Tesla Model 3 Highland Menurut senarai rasmi Tesla Malaysia: Rear-Wheel Drive…
Berita Global
Keputusan ini mengukuhkan lagi kedudukan Tesla sebagai peneraju dalam aspek keselamatan kenderaan…