Setelah 88 tahun, Toyota berjaya hasilkan 300 juta unit kenderaan, Corolla paling popular!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah 88 tahun memulakan operasi pemasangan kenderaan, Toyota Motor Corporation akhirnya mencatatkan detik bersejarah apabila berjaya mencapai angka produksi yang ke-300 juta unit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka tersebut - walaupun diumumkan pada tanggal 6 November 2023 - telah pun dicapai pada akhir bulan September yang lalu.
 

G1


Toyota mula menghasilkan kenderaan pertama mereka, sebuah trak pikap G1 menerusi divisyen produksi automotif Toyota Automatic Loom Works pada Ogos 1935, sebelum ia diasingkan menjadi syarikat Toyota Motor Corporation pada tahun 1937. 

Ya, Toyota yang kita kenali pada masa kini sebenarnya bermula sebagai sebuah syarikat pembuat mesin tenunan kain, dan sehingga kini masih lagi menghasilkan mesin tenunan automatik.
 

Corolla


Sehingga akhir September, Toyota telah berjaya menghasilkan 180.52 juta unit kenderaan di peringkat domestik, manakala selebihnya (119.6 juta unit) di luar Jepun.

Seperti yang dijangka, Toyota Corolla merupakan model yang paling popular dengan jumlah terkumpul 53.399 juta unit telah dipasang, sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1966 meliputi pelbagai jenis bentuk badan termasuklah sedan, wagon, coupe dan juga minivan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…