SOCAR dan myNEWS hadir dengan promosi menarik sempena musim perayaan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penyedia platform sewa dan kongsi kereta, SOCAR akan bekerjasama dengan salah satu rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia, iaitu myNEWS untuk memudahkan akses kepada perkhidmatan kongsi kereta.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti pengguna, di mana ia menggabungkan perkongsian kereta daripada SOCAR dengan produk penting yang tersedia di cawangan myNEWS.

Bermula 1 Mac hingga 30 April, 5,000 pengguna pertama SOCAR yang membuat tempahan kereta berpeluang untuk menerima kod baucar untuk minuman Maru Iced Sparkler Series yang baru dilancarkan secara percuma, di mana-mana cawangan myNEWS di seluruh negara.

Pengguna hanya perlu menyerahkan tangkapan skrin tempahan mereka pada halaman kempen SOCAR, dan menerima kod baucar yang dihantar ke e-mel mereka.

 

2

 

Selain itu juga, pelanggan myNEWS dapat mengumpul kod promo SOCAR bernilai RM10 DISKAUN untuk sebarang tempahan SOCAR.

Kod promo SOCAR akan tersedia pada resit pembelian apabila pengguna membuat pembelian dari mana-mana cawangan myNEWS, sekaligus memberikan pelanggan akses yang lebih mudah kepada penyelesaian mobiliti alternatif.

Melalui ganjaran dan promosi yang menarik itu, SOCAR dan myNEWS menyasarkan untuk menggabungkan kekuatan mereka bagi membawa tawaran unik kepada pelanggan dalam ekosistem mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang perkongsian, terma dan syarat serta tawaran promosi, sila layari laman web SOCAR dan laman web myNEWS.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…