SOCAR kini tersedia di 25 stesen LRT, MRT terpilih

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan perkongsian dan sewa kereta SOCAR mengumumkan kewujudan zon SOCAR di 25 buah stesen LRT dan MRT yang terpilih, termasuklah kawasan tumpuan seperti LRT KL Sentral, LRT Sentul dan MRT Mutiara Damansara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang kerap dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam negara.

Menurut CEO SOCAR, Shylendra Nathan berkata, "kami amat memahami cabaran yang dihadapi oleh penumpang pengangkutan awam, dan kami berazam untuk merapatkan jurang tersebut dengan meletakkan kenderaan kami di laluan utama LRT dan MRT.

"Matlamat kami adalah untuk menyediakan penumpang alternatif yang lebih mudah, berpatutan dan fleksibel untuk perjalanan harian mereka.

Untuk promosi tempoh terhad (20 September-23 Oktober), SOCAR menawarkan Commute Pass dengan diskaun sehingga 75 peratus (dihadkan @ RM160) tertakluk kepada terma dan syarat di bawah:
• Kod Promo: COMMUTEPASS
• Sah untuk hari Isnin-Jumaat (6pm-9am)
• Tempahan minimum 12 jam, maksimum 15 jam

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web INI.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan mobiliti pengguna, di mana ia…
Berita Domestik
Bagi sesetengah warganegara yang merantau mencari rezeki ke negeri lain, pulang mengundi ke pusat…
Berita Domestik
Dengan tawaran Ramadan Raya MONTHLYPASS, pengguna akan diberikan pilihan dari lebih 2,000 kereta…