Subaru WRX S4 STI Sport# (dibaca sebagai Sport Sharp) - 500 unit, untuk pasaran Jepun sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tanpa kehadiran pesaing rapat Mitsubishi Lancer Evolution yang sudah lama meninggalkan arena sedan sports, Subaru Impreza WRX (atau lebih senang disebut Subaru WRX) ternyata senang menguasai segmen dengan pelbagai jenis model yang dipertingkat saban tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Subaru telah melancarkan sebuah lagi model yang dinamakan sebagai Subaru WRX S4 STI Sport# (dibaca sebagai Sport Sharp) penuh dengan jajan baharu STI dan dibangunkan berdasarkan model WRX S4 STI Sport EyeSight.

Tidak banyak perubahan yang boleh dikesan di bahagian luaran melainkan terdapat spoiler hadapan hitam serta gril yang diwarnakan kelabu gelap, set rim aluminium bersaiz 18 inci dengan kemasan warna hitam.

 


Namun, perubahan yang besar berlaku di dalam kabin apabila model sedan sport ini didatangkan dengan tempat duduk hadapan dengan upholsteri kulit dan suede dari Recaro, jahitan kontras dan kemasan logo STI.

Roda stereng juga turut dibaluti dengan bahan suede manakala paddle shifter pula didatangkan dalam warna hitam berkilat.

Paddle shifter?

 


Ya benar, Subaru WRX S4 STI Sport# ini sebenarnya tidak didatangkan dengan transmisi manual, sebaliknya kotak gear CVT mengambil alih peranan mengawal kuasa 296 hp/400 Nm daripada enjin boxer 2.0 liter turbo yang memacu semua roda.

Selain daripada itu, antara jajan STI lain yang dimuatkan pada kereta ini termasuklah penapis udara aliran tinggi, penyejuk pelinci transmisi, strut tower brace, draw stiffener depan dan belakang, serta sistem ekzos sport dengan peredam jenis low-back pressure.

 


Walaupun direka untuk prestasi, para jurutera Subaru tetap memfokuskan kepada kadar keselesaan dengan menambah bahan penebat bunyi yang mampu menurunkan sehingga 0.6 db untuk penumpang hadapan dan 0.5 db (penumpang belakang) jika dibandingkan dengan versi STI Sport standard.

Produksi sedan WRX S4 STI Sport# ini hanya dihadkan kepada 500 unit sahaja dengan harga jualan bermula dari ¥4,741,000 (RM188,270 termasuk cukai berkaitan).

Sayangnya, Subaru telah pun menghentikan proses tempahan kerana mereka sebenarnya telah pun mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan…
Berita Global
Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports…
Berita Global
Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model…