Subsidi bahan api belum muktamad - PM bidas laporan media

oleh Firdaus Razani|
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak laporan media antarabangsa yang dianggap tidak beretika apabila hanya memetik sumber tidak diketahui kononnya kerajaan akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang bulan depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anwar berkata, meskipun perbincangan awal berhubung perkara itu dibuat bersama jemaah menteri namun masih belum ada sebarang keputusan muktamad diambil.

"Saya dapati kebelakangan ini mungkin kerana pendirian kita dalam isu-isu politik yang tegas maka ada media (termasuk media) antarabangsa yang terus menyerang (kerajaan) dari segi berita-berita yang negatif, umpamanya kasino.

"Ia (kasino) tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah sampai pada maklumat saya (pun) tetapi dijadikan isu yang panas.

"Kemudian, isu penarikan subsidi pula, walaupun ada perbincangan awal tetapi tidak ada keputusan muktamad tarikh pelaksanaannya, kerana kaedah itu harus diterangkan supaya tidak membebankan rakyat," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai laporan media antarabangsa terbabit.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menerima prinsip kebebasan media namun penulisan yang dibuat perlu beretika dan berlandaskan fakta yang betul.

"Dalam hal ini (pengurangan subsidi bahan api) jemaah menteri belum membuat sebarang keputusan muktamad. Jadi bagaimana (media antarabangsa) pastikan sekian dan sekian (berita) yang tidak sihat.

"Prinsipnya (di sini) apa saja penyasaran subsidi bagi saya (tegaskan) tidak akan membebankan rakyat. Jadi bila media antarabangsa ini mempermainkan atau memanfaatkan (sesuatu) isu perlu tengok fakta (sumber yang dipercayai).

"Kena rujuk dasar dan mana boleh (sekadar) sumber. Kalau kerajaan nak umum, kita bagi tahu dengan bagi notis, bukan nak rahsia," katanya.

Terdahulu, media asing melaporkan bahawa Malaysia akan mengurangkan subsidi bahan api menjelang Jun, satu pembaharuan ekonomi utama yang akan menguji sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi.

Media terbabit, yang memetik sumber rasmi dan industri berkata, harga diesel akan diapung pada kadar pasaran dalam tempoh beberapa minggu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei ini dan ia akan disusuli dengan kenaikan berperingkat petrol dalam kadar runcit.

 

 

SUMBER: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Mendoakan semoga semua yang terlibat tabah hadapi dugaan ini dan kerajaan menerusi Kementerian…
Berita Domestik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyaksikan majlis pertukaran dokumen perjanjian…
Berita Domestik
Agensi kerajaan seperti MITI dan MARii nampaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa khusus untuk…