Suhu jalanraya tinggi punca tayar meletup - pakar

oleh HEZERI SAMSURI|
Suhu jalanraya yang semakin meningkat adalah punca kenapa insiden tayar meletup semakin meningkat.

Menurut Aedan Livingston dari Phoenix, Amerika Syarikat, kejadian tayar meletup adalah lebih kerap terjadi di Arizona berbanding dengan negeri-negeri lain kerana kawasan itu mempunyai suhu yang lebih tinggi.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Livingston menambah bahawa faktor suhu permukaan jalanraya yang meningkat kerana matahari dan juga keadaan tayar yang sudah lama atau tidak menggunakan tekanan udara yang betul meningkatkan kejadian tayar lori meletup ketika musim panas di sana.

Beliau juga mencadangkan penggunaan tayar yang berusia kurang dari lima tahun, tetapi bergantung kepada perbatuan yang dilakukan oleh pemandu sendiri.

Livingston turut memberi nasihat bahawa pemandu perlu selalu memeriksa tekanan udara tayar kerana ia mampu memberikan keadaan fizikal sebenar tayar itu.

* Laporan penuh dari 12News


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar EV juga menghasilkan 30 peratus lebih PM 2.5, zarahan yang lebih halus dan akan menyebabkan…
Berita Domestik
Pengerusi Persatuan Penduduk Alam Budiman, Badrul Hisham Shahbudin, 55, berkata, jumlah kerugian…
Berita Global
Tayar BluEarth-XT AE61 merupakan tayar musim panas yang dibangunkan khusus untuk digunakan pada SUV…