Suzuki tawar decal grafik 1980-an untuk Jimny

oleh Mohamad Hanif|
Semenjak Suzuki Jimny dilancarkan di peringkat global, sudah pelbagai jenis modifikasi telah pun kami siarkan di dalam Careta.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Baik dari modifikasi ringan bagi menaikkan seri SUV off-road kecil ini, sehinggalah kepada pembedahan menukar wajah kepada SUV terkenal seperti Land Rover Defender, Jeep dan juga Mercedes-Benz G-Class.

Namun, bagi mereka yang tidak begitu menggemari modifikasi sedemikian, Suzuki tetap menawarkan opsyen aksesori original bagi menjadikan Jimny anda datang dari masa silam.

 


Salah satu daripadanya adalah "Offroad Style" yang hadir dengan rekaan grafik tiga tona hitam/kelabu/merah pada sisi dan juga hud enjin, serta beberapa bahagian lagi.

"Heritage Style" tampil lebih menarik dengan rekaan grafik yang lebih moden dengan tema warna kelabu, perak dan juga jingga, dan grafik tersebut turut terdapat pada pelindung tayar simpanan.

 


Manakala "Revival Style" pula diinspirasikan daripada grafik zig-zag yang pernah dipaparkan pada Suzuki Samurai dan Sidekick era lewat 1980-an dan awal 1990-an.

Tidak ketinggalan, rekaan "Survival Style" yang menampilkan corak ala pelekat samaran yang dilekatkan di bahagian sisi SUV tersebut.

 


Kesemua pakej yang ditawarkan oleh Suzuki ini membuktikan Suzuki Jimny memiliki potensi kustom yang lebih meluas, dan sukar untuk dipilih jika anda seorang yang rambang mata.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…